Saturday, April 27, 2019

Aku putus asa

Hai hai.

merujuk perkara di atas bukan putus asa sebab apa, sebabnya aku penat jaga jodoh orang. mungkin sekarang aku kena lepaskan. lepaskan sebab orang disana semakin tidak pedulikan aku, aku sahaja beria hantar mesej, tapi dapat bluetick ja. kesian kan, seolah-olah aku ni berharap sangat kat dia, dia boleh buat taktau ja. mungkin tiba masanya aku pergi. dia pun tak perlukan aku. dari dulu lagi memang aku seorang sahaja yang cerita masalah, meluahkan perasaan, geram suka duka semua aku ceritakan pada dia. dari aku kecil sampai aku besar, semuanya aku dah ceritakan. tapi dia, aku masih lagi tak kenal siapa yang digelar 'teman lelaki'. adakah ini betul2 hubungan yang elok, atau cuma aku sahaja yang bertepuk tangan. dia menyembunyikan tangannya.

cukuplah 4 tahun aku merasai semua itu. ditinggal selama sebulan tanpa khabar berita. ditinggalkan 2 minggu tanpa khabar. sekarang hampir seminggu, aku dah biasa. jikalau hantar khabar, juga tidak dipedulikan. mana mungkin dia sibuk 24jam. ada juga lelaki lain sibuk tapi tidak seperti dia. dia ada masa memegang telefon tapi tidak ada masa untuk mencari aku bertanya khabar walaupun sedetik.

mungkin aku terlalu berikan harapan yang membuatkan dia fikir,

"buat apa aku nak peduli sama dia, dia takkan tinggalkan aku. sebab janji palsu aku menbuatkan dia percaya bahawa aku akan mengahwininya satu hari nanti. buat apa dia nak khuatir akan aku, aku ada ke aku sibuk ke dia percaya aku akan kahwini dia."

mungkin aku mudah percaya pada janji. itulah kelemahanku.

No comments:

Post a Comment