Friday, April 26, 2019

I'm back

hai, dah lama sangat tak menaip di ruangan ini, terasa rindu untuk mengemaskini blog yang tidak dikunjungi netizen bahkan tidak langsung popular. haha. biarkan, aku menaip hanya untuk kepuasan diri sendiri. rasa bahagia dapat meluahkan isi hati yang terbuku daripada meluahkan pada manusia, kerana mungkin perit pabila mendapat komen yang mengutuk daripada membina kembali keyakinan diri apabila ditimpa musibah sebegitu.

sebenarnya aku banyak membazirkan masa daripada menjadi produktif sehari-hari. aku semakin tidak mengerti apa yang diinginkan oleh diri sendiri. waktunya ada, semangatnya tiada. semangatnya ada, waktunya kurang. mungkin kerana waktu aku banyak dihabiskan untuk tidur, ratu tidur gelaranku kerana aku mampu tidur dengan lama, tapi juga mempunyai kesan sampingan, kepala akan terasa pening, tidak bersemangat. mungkin itu memang sepatutnya aku terima kerana terlampau tidur kesiangan dan kemalaman.


No comments:

Post a Comment