bertemu kembali di jurnal atas talian.
sudah sekian lama tidak menaip di ruangan
harini aku mengambil kesempatan untuk menaip untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2018
dan tidak lupa syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia untuk terus hidup pada tahun ini.
azam tahun baru seperti tahun sebelumnya,
cuma ada sedikit projek yang akan dilakukan pada tahun depan
2018 dalam kenangan
-dapat melancong ke Langkawi, Kedah, Selangor, Perak, Pahang, Penang
-kenangan pahit tidak lupa juga, berlaku pada diriku
-kalau ingin dimbas kembali, kenangan pahit mengatasi kenangan manis
-tetapi alhamdulillah masih mampu meneruskan hidup di masa ini
.
.
.
okay, kita kembali kepada saat ini, hanya tinggal 23 jam untuk ambang tahun baru
dan aku masih bersusah payah untuk menghadapi peperiksaan akhir
pada hari ini, esok, lusa dan pada enam haribulan januari
terlalu banyak aku ingin perbaiki pada saat ini
dan aku cuma ingin selalu berada dalam keadaan yang gembira
walaupun diuji
masih mampu tersenyum
dan berharap agar selepas ini
tiada lagi kisah silam yang menghantui aku selama ini
datang kembali.
.
.
.
jadi, sekian coretan di alam maya ini. bertemu di 2019 ya. selamat tengah malam.